BEIJING — Naib Presiden Kanan Serantau (China) Malaysia Airlines (MAS) Joshua Law Kok Hwa berkata MAS akan mengemas kini maklumat kepada orang awam berhubung perkembangan terbaru pesawat MH370 dalam laman web rasminya dan Weibo, media sosial mirip twitter.
Beliau berkata demikian pada persidangan akhbar di hotel Li Du di sini pada 2.30 petang Sabtu.
Beliau hanya membaca kenyataan rasmi yang dikeluarkan MAS hari ini, tanpa mengadakan sesi soal jawab.
Persidangan akhbar itu berakhir kurang dari 10 minit dengan dihadiri lebih 100 petugas media.
Ketika ini, anggota keluarga penumpang pesawat itu berhimpun di sebuah bilik berasingan di hotel sama, tetapi pihak media tidak dibenarkan menemu bual mereka.