Pemilihan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon PKR bagi Pilihanraya Kecil Dun Kajang, adalah bukti jelas parti itu dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengamalkan sikap nepotisme.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat kini semakin menyedari hakikat percaturan peribadi antara suami isteri itu.
Tan Sri Muhyiddin bercakap pada sidang media selepas melawat bilik gerakan BN di beberapa pusat daerah mengundi di Dun Kajang petang tadi.