Menurut Parpukari sini, calon PKR Batu Sapi iaitu Anseri Abdullah terjatuh ke apabila jeti kayu yang dipijaknya runtuh semasa sedang berkempen.
Sudahlah itu, penyokong-penyokong Ahmad Tamrin Jaini (Pengerusi PKR Sabah) bertumbuk dengan penyokong-penyokong Ansari Abdullah di lapangan terbang Sandakan Sabah.
Malaysiaaktif.com melaporkan sebaiak sahaja Anwar mengumumkan nama Ansari sebagai calon PKR, ramai penyokong-penyokong Ahmad Tamrin bertindak keluar Dewan Komunity Persatuan Hakka Sandakan, sebagai memprotes pemilihan calon itu, walaupun ketika itu Anwar masih berada di dalam dewan tersebut.
Anwar yang menyedari protes tersebut kemudiannya terus bergegas ke Lapangan Terbang Sandakan untuk segera kembali ke Semenanjung, namun kedua-dua penyokong kumpulan itu telah bertumbuk di lapangan terbang dengan disaksikan oleh Anwar sendiri.
Panggungopera.blogspot.com melaporkan Ahmad Tamrin sendiri tersungkur dipukul oleh orang-orang Ansari.
Yong Teck Lee, calon SAPP di Parlimen Batu Sapi pula berkata, “walaupun SAPP sudi berkawan dengan PKR dan BN, ia tidak bersedia untuk “berkahwin” dengan PKR.
“Kita boleh menjadi kawan tapi macam mana kita nak “berkahwin” dengan PKR sedangkan keluarga mereka sentiasa bergaduh.
Bolehkah kita berkahwin dengan keluarga yang selalu bergaduh?
Isteri Anwar dan President PKR, Wan Azizah pula dilaporkan MIM sini memanggil Yong Teck Lee sebagai pengacau.
PKR … Parti Kian Reput!