Polis menembak mati dua penjenayah yang dipercayai anggota kongsi gelap dalam satu kejadian berbalas tembakan di Ara Damansara, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 malam itu, suspek berusia 22 dan 26 tahun itu bertindak memecut kenderaan dinaiki mereka bagi meloloskan diri daripada pemeriksaan polis serta melepaskan tembakan setelah gagal melarikan diri, berhampiran sebuah tapak pembinaan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shukri Dahlan berkata, pihaknya turut menemui sepucuk pistol, dua parang panjang, lima topeng muka serta empat pasang sarung tangan dalam kenderaan yang dinaiki suspek.