@reaDrMAZA buat fitnah lagi. Siapa mahu nasihat beliau supaya berhenti menjadi “kaki fitnah”?
Untuk pengetahuan semua status ini sudahpun dipadam namun seperti biasa tiada permohonan maaf dibuat kepada pihak yang difitnah mahupun pembetulan diumumkan kepada semua.
Seperti sudah menjadi hobi dan kegemaran masa lapang buat beliau apabila fitnah semakin kerap dilontarkan kepada kerajaan. Lebih mendukacitakan ianya dilakukan oleh pak mufti.
Lebih parah, beliau mendabik dada kononnya pejuang sunnah. Menjadi pembela golongan tertindas kononnya kerajaan itu zalim. Namun diri sendiri bermewah dan tidak segan silu menggunakan wang kerajaan ke sana ke mari suatu ketika dahulu.
Bagaimana seseorang yang mendakwa memahami hadith lebih daripada orang lain, kononnya “Saya ada PHD, bukan itu sahaja, saya beri orang lain PHD” boleh menjadi kaki fitnah? Adakah ini yang dinamakan ilmu yang bermanfaat?
Kerap kali mecari kesalahan orang lain khususnya kesalahan kerajaan namun kebaikan kerajaan pula didiamkan seolah-olah langsung tiada kebaikan yang kerajaan pernah lakukan sekian lama. Buta.
Lagaknya menjadi hero mahu membetulkan semua orang namun methodnya seperti orang tiada prinsip sehinggakan fitnah menjadi halal. Di mana hadith yang beliau sudah pelajari? Mungkin belajar hadith cuma mahu dirinya diterima orang.
Orang sebeginilah yang memburuk dan menyusahkan perkembangan dakwah sunnah di Malaysia. Mendakwa membawa perjuangan sunnah tapi aqidah menfitnah yang dimajukan.
Bukan sekali. Bukan dua kali. Sudah banyak dirinya terkantoi dengan fitnah sendiri.
Tapi tidak apa. Itu tidak memalukan baginya. Asalkan boleh balun kerajaan. Baru orang kata hero.
Berikut menjawab fitnah Dr Maza. Semoga pengikutnya membuka mata yang Sang Murabbi tidaklah maksum sentiasa.
Salah seorang ahli KCD sudah ‘tag’ kan jawapannya ke FB Mohd Asri Zainul Abidin tentang status FB di pagenya, DrMAZA.com ini. Bagaimanapun status FB DrMAZA.com ini gagal ditemui kembali di FB page tersebut. Admin nukilkan kembali jawapan-jawapan yang kemudian telah dikemaskini tersebut:
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin,
1. ‘Negara-negara’ yang menghantar kapal selam untuk operasi SAR MH370? Setahu saya, baru sebuah negara iaitu Britain yang menghantar kapal selam nuklear kelas Trafalgar, HMS Tireless (S88). Kapal selam ini telah mula beroperasi dan ditauliahkan (commissioned) pada tahun 1985. Ia sepatutnya dilucut tauliahkan (decommissioned) pada tahun 2013 lalu, tetapi sehinggi kini masih beroperasi sehingga April 2014. Mungkin HMS Tireless (S88) ini akan berbakti untuk hari-hari terakhir sebelum ‘riwayat’nya ditamatkan.
http://www.royalnavy.mod.uk/
2. Untuk pengetahuan semua, dua kapal selam diesel-elektrik jenis Scorpène milik TLDM iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak telah beroperasi dan masih boleh berfungsi sehingga kini. Kedua-dua kapal selam tersebut bukan menjadi pameran seperti ditohmah oleh sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab!
http://www.navy.mil.my/index.
http://www.navy.mil.my/index.
3. ‘Tidak sesuai untuk operasi SAR MH370 seperti kapal selam yang dimiliki oleh jiran sebelah’? Negara jiran manakah yang dimaksudkan itu? Singapura?
Singapura tidak pernah menghantar mana-mana kapal selamnya untuk operasi SAR MH370! Negara tersebut sebenarnya menghantar kapal sokongan dan penyelamat kapal selam – Submarine Support & Rescue Vessel (SSRV). Sebenarnya Malaysia juga memiliki kapal jenis penyelamat kapal selam dan ia telah digunakan dalam operasi SAR MH370 di Laut China Selatan sebelum ini. Operasi kapal Malaysia itu telah pun bermula sebelum Angkatan Laut Singapura (RSN) menghantar MV Swift SSRV lagi. Kapal SubMarine Escape & Rescue (SMER) yang digunakan oleh TLDM yang dimaksudkan itu ialah MV Mega Bakti.
http://www.bharian.com.my/
4. Penggunaan kapal selam untuk operasi SAR pesawat terhempas masih belum terbukti kejayaannya. Ia merupakan antara alternatif dan kaedah yang digunakan ketika membabitkan tragedi pesawat terhempas di lautan sepertimana dalam kes pencarian kotak hitam pesawat Air France Flight 447. Perancis menggunakan kapal selam nuklearnya, Émeraude (S604) untuk operasi mencari kotak hitam pesawat tersebut di Lautan Atlantik itu pada hari kelima tragedi itu berlaku (5 Jun 2009). Bagaimanapun usaha itu menemui kegagalan.
5. Australia yang mengetuai operasi SAR MH370 di Lautan Hindi sehingga kini masih belum menggunakan kapal selamnya dalam usaha mengesan pesawat tersebut. Australia sendiri mempunyai 6 kapal selam diesel-elektrik.
https://www.navy.gov.au/fleet/
6. Apapun, kita tetap wajar bersyukur kepada Allah Ta’ala dan berterima kasih kepada Tentera Laut Diraja British (Royal Navy) kerana mengerahkan aset mereka iaitu kapal selam HMS Tireless (S88) untuk operasi mencari MH370 ini. Saya mendoakan supaya misi mereka berjaya! Aamiin.