Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak adalah antara beberapa orang pemimpin kanan kerajaan yang melawat jenazah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri, Adun Hulu Bernam, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar.
Datuk Mohamed Idris meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital KPJ Damansara, akibat barah.
Beliau menjadi Adun Hulu Bernam untuk tiga penggal berturut-turut bermula pada tahun 1998.
Allahyarham meninggalkan balu, Norliah Mohd Nazir dan lima orang anak.
Perdana menteri meluangkan masa kira-kira 20 minit menziarahi jenazah allahyarham di kediamannya di Kampung Gumut Tambahan, Kalumpang.
Menurut Datuk Seri Mohd Najib, beliau mengenali arwah lebih 30 tahun.
Datuk Mohamed Idris disifatkan perdana menteri sebagai seorang pemimpin yang mempunyai peribadi yang amat baik serta sentiasa dedikasi dengan tugasnya sebagai wakil rakyat.