Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Ahmad Mustafa Mohd Sidin Al-Muqri, 40, meninggal dunia pada malam Isnin.
Difahamkan beliau meninggal dunia pada kira-kira pukul 9 malam.
Allahyarham sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur.
Selalu lalu, beliau dimasukkan ke Hospital Selayang sebelum dirujuk ke IJN untuk mendapatkan rawatan lanjut selepas mengadu sesak nafas.