Kesilapan pelakon dan model Carmen Soo, 37, yang tersilap mengucapkan takziah ketika dunia hiburan dikejutkan dengan kematian biduanita Datuk Sharifah Aini mengundang satu suasana lucu.
Soo yang berhasrat berkongsi rasa sedihnya terhadap Sharifah Aini telah menulis status takziahnya kepada individu lain iaitu pelakon Sharifah Amani.
“RIP (rest in peace) Sharifah Amani (berehat dengan aman Sharifah Amani),” tulisnya dalam status Twitter kira-kira pukul 8 malam Ahad.
Status itu kemudiannya mendapat respons daripada Sharifah Amani dengan membalas mesej Twitter model itu sambil berkata; “Weh! I’m still alive and Twitting lah.” (Weh! Saya masih hidup dan bertwitterlah).
Soo kemudian memohon maaf atas kesilapannya itu dan menulis semula masksud sebenarnya adalah untuk mengucapkan takziah kepada Sharifah Aini.
Perkara itu tidak diambil serius oleh Sharifah Amani kerana dia memahami ia bukan sesuatu yang disengajakan.
Kesilapan Soo itu mendapat respons daripada pengikut Twitter miliknya apabila lebih 400 ulang Twit (retweet) dilakukan.
Soo mempunyai kira-kira 357,000 orang pengikut laman sosial berkenaan.
Sharifah Aini meninggal dunia pada Sabtu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah fibrosis paru-paru.
https://twitter.com/carmensoo/status/485750916155326465
@carmensoo – Weih! I'm still alive and tweeting lah. ??
— Sharifah Amani (@sharifahamani) July 6, 2014