Dakwaan pesawat MH17 ditembak jatuh oleh pemisah pro Rusia diperkuatkan lagi dengan pendedahan berikut.
Perkhidmatan Keselamatan Ukraine, SBU mempunyai bukti peluru berpandu dilancarkan pada 4.20 petang waktu Ukraine pada 17 Julai dari kawasan berhampiran Torez.
Dan ia adalah peluru berpandu yang menembak jatuh pesawat MH17.
Menurut Ketua Jabatan Perisikan Balas SBU Ukraine, Vitaliy Nayda, bukti ini ditemui semasa penyiasatan dilakukan.
Gambar menunjukkan dua sistem pelancar peluru berpandu permukaan Buk M1 menyeberangi sempadan dari Ukraine ke Rusia, sehari selepas MH17 dilaporkan ditembak jatuh oleh peluru berpandu.
Satu daripadanya mempunyai satu set lengkap empat peluru berpandu.
Satu lagi dengan tiga peluru berpandu.
Perbualan telefon antara pengganas, dipintas oleh perkhidmatan keselamatan Ukraine, mengesahkan sekurang-kurangnya satu sistem Buk M1 sebelum ini telah tiba ke Ukraine dari Rusia.
Dan krunya adalah tiga anggota tentera Rusia.
Turut didedahkan, gambar sistem peluru berpandu Buk M1 yang lalu di jalan-jalan di Torez, tapak di mana MH17 terhempas.
Usaha penyiasat Ukraine untuk mendapatkan akses ke titik peluru berpandu dilancarkan dan juga lokasi pesawat dihalang puak pemisah.
Ketika ketelusan siasatan dituntut dunia, Rusia pula dilihat licik untuk menutup laluannya, dan mendakwa pihak lain bertanggungjawab ke atas tindakan keganasan.