Pulau Pinang – bekas pekerja kilang lega apabila dibebaskan daripada tuduhan membunuh bayinya yang baru lahir lima tahun lalu.
Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim lebih cenderung menerima versi tertuduh bahawa bayi itu mati sebelum lahir.
Nurul Syuhada Shamsudin, 24 tahun didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya pada 31 Disember 2009 di dalam tandas di kilang Jabil Circuit, Bayan Lepas.
Dia yang kini mengandung tujuh bulan berdepan hukuman gantung.
Pada 6 Mac 2013, Mahkamah Rayuan mendenda Nurul Syuhada RM3,000 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan melupuskan bayinya secara rahsia.