Pesawat EC725 TUDM yang sesuai digunakan dalan sebarang keadadaan cuaca pernah menjadi pertikaian oleh mereka semasa cadangan pembelian.
Pesawat M ini lah yang sekarang sedang berlegar-legar membantu mereka akibat jalan darat semua terputus dan tatkala bekalan makanan kehabisan.
DALAM kita sibuk mengikuti perkembangan banjir ini, mungkin terlepas pandang aset tentera yang paling kerap digerakkan dalam misi menyelamat dan menghantar bantuan iaitu helikopter terbaru milik TUDM, EC-725 Cougar.
5 bilah kipas (berbanding 4 pada helikopter biasa), peralatan SAR terkini dan sebagainya membolehkan EC-725 menjalankan tugasnya dengan cekap, tanpa bergantung penuh kepada helikopter Nuri yang telah berusia lebih 40 tahun lamanya.
Lebih penting lagi, EC725 mampu beroperasi dalam keadaan cuaca buruk, lebih baik dari Nuri walaupun sebagai pesawat dalam kategori sayap putar seperti ini, EC-725 masih terikat kepada undang-undang fizik yang menghalangnya terbang dalam keadaan cuaca buruk tertentu, apatah lagi dalam situasi banjir sekarang, bukan ada daratan yang cukup luas pun nak mendarat jika berlaku kecemasan.
Baru beroperasi tapi jasa EC725 sudah terlalu banyak.
Baca seterusnya disini
BANJIR: Bantuan Dari Udara Helikopter EC725 TUDM Tiba Di Manek Urai
Sementara, bantuan udara mula sampai ke Pusat Pemindahan Manek Urai, di Kuala Krai yang terputus hubungan.
Misi tinjauan itu mampu dilakukan selepas keadaan cuaca bertambah baik, siang tadi.
Menurut Pegawai Perhubungan Awam Tentera Darat, Mejar Khairudin Ismail, Helikopter EC725 TUDM melakukan hantaran udara ke sekolah menengah Manik Urai, kira-kira jam 12 tengah hari tadi.
Kira-kira 500 mangsa banjir terperangkap di tingkat atas sekolah ini, sejak 3 hari lalu.
Misi tinjuan ini disertai Panglima Tentera Darat, Jenaral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.
Pesawat turut mendarat di SK Banggol Guchil yang turut terputus hubungan.
Helikopter ini kemudian mengambil bekalan tambahan makanan dan perubatan untuk kedua-dua pusat terbabit.
Misi turut menyelamatkan seorang wanita yang menjadi mangsa dipatuk ular.
BANJIR: EC725 ATM Mula Hantar Bekalan Makanan Dan Perubatan Walau Dalam Keadaan Kesukaran
Angkatan Tentera Malaysia, ATM mula menghantar bantuan dan bekalan makanan ke kawasan terjejas teruk di Manek Urai dan Kuala Krai, selepas cubaan untuk menghantar bekalan sejak beberapa hari lalu gagal.
Penghantaran menerusi udara dapat dilakukan ekoran cuaca bertambah baik semalam.
Operasi di Manek Urai dan Kuala Krai semalam membabitkan tiga helikopter EC725 dan Nuri TUDM.
Menurut Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, helikopter menghantar bantuan ke SMK Manek Urai, SK Banggol Guchil, Bukit Labur dan 20 pusat pemindahan lain.
Kelewatan bantuan selepas pesawat terpaksa berpatah balik akibat cuaca buruk dan jarak penglihatan yang terhad.
Bot sukar memasuki kawasan ekoran arus deras.
Beliau memberi jaminan, pihak tentera sedaya upaya membantu dan tidak akan membiarkan mangsa banjir.
Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi menyertai tinjauan dan misi bantuan di Banggol Guchil, petang semalam.
Susulan itu, pasukan perubatan tentera akan segera dihantar, selain klinik kesihatan akan dibuka di pusat pemindahan ini.