Mahkamah Sesyen Jalan Duta mendapati aktivis Hishamuddin Rais bersalah atas tuduhan menghasut.
Hishamuddin didakwa memberi ucapan menghasut rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah pada 13 Mei 2013.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya.