Segelintir peniaga dikesan masih mengambil kesempatan menaikkan harga barangan.
Buktinya 19 kes dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Catut di Pasar Borong Selayang awal pagi tadi.
Operasi mengejut pukul 3 pagi itu digerakkan oleh 25 pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan Selangor. Bagaimanapun mereka seolah-olah menyedari kehadiran pihak berkuasa kerana ada yang sudah tutup kedai.
Selangor mencatatkan jumlah tangkapan tertinggi sebanyak 117 kes melalui Operasi Anti Pencatutan Ops Catut yang dijalankan sejak 15 Januari lalu.