Keputusan rayuan akhir kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan akan diketahui pada 10 Februari ini.
Tarikh tersebut dimaklumkan oleh Mahkamah Persekutuan melalui Twitter rasminya pada 12.03 tengah hari tadi.
Perkara tersebut turut disahkan oleh peguam, Ramkarpal Singh yang memberitahu pihaknya menerima notis berhubung perkara itu melalui faksimile pukul 12.14 tengah hari tadi.
Anwar mengemukakan rayuan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang mensabitkannya dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat Mohd. Saiful Bukhari.