Pemandu maut, kereta rempuh belakang bas persiaran (video) - pakdin.my

Pemandu maut, kereta rempuh belakang bas persiaran

Seorang pegawai Jabatan Kimia maut selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang bas persiaran di Jalan Maharajalela di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa, Rishahfaizal Mohamed Kassim, 48, dari Kampung Melayu, Rawang, cedera di parah di kepala dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, kemalangan itu dipercyai berlaku apabila kereta dipandu mangsa yang berhenti di tengah jalan, tiba-tiba bergerak secara melulu.

“Kereta itu kemudiannya terus merempuh bahagian belakang kiri bas yang sedang berhenti dan menunggu pelancong untuk dibawa ke Muzium Negara,” katanya.

Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pemandu maut, kereta rempuh belakang bas persiaran--

 

 

UTAMABERITAPemandu maut, kereta rempuh belakang bas persiaran (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium