SEBUAH pulau baharu terbentuk di luar pantai Tonga di lautan Pasifik dan ia dipercayai hasil letusan gunung berapi di dasar laut.
Menurut pakar, pulau yang terbentuk sejak sebulan lalu itu akan hilang semula selepas beberapa bulan akibat ombak dan ribut di tengah laut.
Bagaimanapun, ia kini menggamit pelbagai pihak untuk menjejaki pulau berkenaan dan melihat keindahan yang didakwa sementara itu.
Individu pertama yang menjejak pulau tersebut, GP Orbassano mendakwa, tanahnya yang seperti lava gunung berapi masih panas dan lembut.
Selain itu, dia bersama rakan turut naik ke tempat tertinggi di pulau berkenaan untuk merakam gambar.
“Pembentukkan pulau itu sungguh hebat, ia telah membentuk satu pemandangan baharu yang lebih indah,” ujarnya.