Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah membuka kertas siasatan terhadap 13 peniaga yang tidak mendaftar cukai barang dan perkhidmatan (GST), tetapi mengutip cukai itu daripada pengguna.
Pengarah GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk T. Subromaniam berkata, pihaknya dijangka melengkapkan siasatan pada minggu ini untuk tindakan seterusnya.
“Peniaga-peniaga yang melanggar peraturan akan didakwa ke mahkamah pada minggu ini jika bukti mencukupi,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.