Pada tahun 1998, laporan akhir PricewaterhouseCoopers (PWC) tentang Perwaja yang mendedahkan sejumlah transaksi yang tidak sah dan menyeleweng melibatkan pengurusan Perwaja.
Ia termasuk pembelian bijih besi daripada syarikat pengangkutan Argentina, kontrak-kontrak dan sebagainya.
Penemuan yang dibuat oleh PWC, antaranya menjumpai dua surat pengesahan yang ditanda tangani oleh Mahathir. Laporan itu juga menekankan bahawa pengesahan yang diberi, jelas bertentangan dengan prosidur kewangan, tanpa proses tender, atau pengesahan oleh pengarah-pengarah Perwaja.
Laporan tersebut juga mempersoal bayaran yuran guaman yang begitu tinggi kepada VK Lingam & Co.
Kebanyakan transaksi yang mencurigakan itu dibuat tanpa merujuk kepada perbendaharaan.
Ini jelas melanggar prosidur kewangan, peraturan dan amalan kewangan.
Pihak BPR (sekarang SPRM) dimaklumkan mengenai laporan PWC dan perbendaharaan mendesak dibuat siasatan. Oleh sebab-sebab yang jelas, tiada apa-apa yang berlaku.
Sekadar bertanya. Apa isi surat Tun M yang disebut dalam laporan PWC tu?