Kekecohan dilaporkan berlaku di sekurang-kurangnya empat pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen ini pagi ini dengan seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dilaporkan cedera ditumbuk.
Di pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Rawa, dua kumpulan peraih undi terpaksa diarahkan bersurai oleh polis selepas saling melakukan provokasi.
Suasana tegang sehingga hampir mencetuskan pergaduhan juga dilaporkan berlaku di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Penanti; SK Seberang Jaya 2 dan di pusat mengundi Tanah Liat.
Setakat ini, keadaan masih terkawal dengan anggota polis dilihat meningkatkan tahap kawalan keselamatan.