Seorang pelajar perempuan berusia 13 tahun dilaporkan hilang di Serdang.
Remaja yang dikenali sebagai Wan Shakira Aleeya Wan Rohisham kali terakhir dilihat di sekolah selepas dihantar oleh ibunya pada kira-kira pukul 9.10 pagi Rabu.
“Kehilanggan Wan Shakira hanya disedari apabila ayahnya datang ke sekolah untuk mengambilnya pada pukul 7 petang,” kata Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Razimi Ahmad dalam satu kenyataan.
Mereka yang mempunyai maklumat mengenai Wan Shakira diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor M. Alli Nangai di 019-4636339 , Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang (03-80742222) atau balai polis berhampiran.