KOTA KINABALU – Seorang juruterbang pelatih wanita berusia 21 tahun cedera selepas helikopter Hornbill membuat pendaratan kecemasan lalu terbalik dan terbakar di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) di sini hari ini.
Helikopter milik Syarikat Layang-Layang Aerospace itu dipercayai mengalami kebakaran di bahagian enjin sebelum mendarat kira-kira pukul 11.55 pagi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri mengesahkan menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.57 pagi.
Bagaimanapun, pasukan bomba tidak dibenarkan masuk ke lokasi zon merah dan hanya dibenarkan bersiap sedia di Balai Bomba lapangan terbang.