Kini sudah tidak ada lagi. Tengok ada lagikah posting February 12hb ini hari ini…
Posting Februari 12hb dah hilang, ditarikbalik. Penipu takut kantoi mcm blogger tarikbalik posting tiap2 2, 3 hari.
Posting penipu ini digunakan untuk takut-takutkan ahli-ahli korporat, Menteri dan ahli politik bahawa seolah-olah Sarawak Report, The Edge dan orang-orang tertentu punyai semua dokumen dan maklumat dalaman 1MDB.
Tak hairan jika ada pegawai di pejabat tertentu pun terpercaya.
Ini yang membolehkan orang percaya pada email palsu dan lain-lain laporan tipu oleh Sarawak Report dan The Edge tentang Good Star, Javaace, Ananda Krishnan, Goldman Sach, dan banyak lagi penipuan lain,
Dahlah pihak berkepentingan tidak saman maka membuat orang ramai dan orang yang konon bijak (tapi tertipu) percaya. Harap mereka sedia saman.
Malah ada ketua-ketua NGO ditipu seolah-olah orang tertentu sudah terima maklumat dan difahamkan sepenuhnya tentang 1MDB. Konon orang tertentu sudah terima laporan dari SB, MIO, BNM, AG, BTN, JASA, dan semua-semua agensi. Laporan semua teratur atas meja.
Maka percaya bagai nak gila lah dia seolah-olah apa yang dikatakan orang itu PASTI BETUL maka tanpa melihat dan baca dokumen, memahami cerita dan menganalisa sendiri, mereka percayai setia macam hamba dengan tuan.
Jika BNM baru nak masuk siasat dan sesetengah agensi pertahankan 1MDB, sahlah ketua NGO ditipu bulat-bulat.
Kalaulah betul semua dokumen ada, kenapa tidak didedahkan bukti kehilangan RM42 billion tersebut untuk salahkan penjelasan 1MDB. Setakat ini mereka hanya mampu spin ke isu lain, cuba persoalkan ini dan itu tapi tak ada pun berjumlah RM42 billion, dll.
BUkan kecil anak jumlah RM42 billion. Deloitte boleh tutup macam mana berlaku pada Arthur Anderson dalam skandal Enron – http://theunspinners.blogspot.com/