JERTIH: Perdana Menteri meminta rakyat bertenang dan jangan bimbang dengan isu yang digembar-gemburkan oleh media asing membabitkan kepemimpinannya.
Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan kebenaran akan terbukti juga akhirnya.
“Saya sebagai Perdana Menteri tidak akan mengkhianati rakyat dulu dan sekarang. Saya berterima kasih kepada seluruh kepemimpinan UMNO yang berdiri teguh memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya.
“Malah, saya berterima kasih kepada seorang pemimpin PAS, yang membuat kenyataan yang cukup baik. Mursyidul Am PAS, Datuk Harun Din berkata tidak masuk akal perdana menteri boleh songlap duit. Tidak masuk akal,” katanya berucap pada majlis perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Besut dan pelancaran Program al-Syahadah al-Ulya Ulul Albab, di sini, petang tadi.