Pembunuhan pengasas kumpulan Arab Malaysian Banking, Hussain Ahmad Najadi pada 2013 tiada kaitan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Kami tahu motif di sebalik pembunuhan. Pembunuh sudah ditangkap dan dijatuhkan hukuman mati. Tiada kaitan dengan 1MDB,” katanya pada sidang media sempena Majlis Pelancaran Op Selamat 7/2015 di Ibu Negara, Rabu.
Khalid berkata demikian susulan dakwaan sebuah blog meminta polis menyiasat kaitan pembunuhan itu dengan 1MDB, dan berkata tindakan blogger itu tidak bertanggungjawab mengaitkan kedua-dua isu itu.
“Itu tidak benar dan fitnah. Kami akan siasat mereka yang menyebarkan penipuan,” kata Khalid, namun tidak menamakan blog berkenaan.
Beliau menasihati orang ramai lebih berhati-hati membincangkan sesuatu isu kerana tindakan boleh diambil jika mereka memberikan komen yang mengandungi maklumat palsu.
Sementara itu katanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menjalankan siasatan terhadap media antarabangsa, The Wall Street Journal (WSJ) berhubung laporan yang mendakwa penyaluran sejumlah besar dana ke akaun peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Khalid berkata, pihaknya menerima banyak laporan dan maklumat berkaitan pembocoran maklumat perbankan seperti mana dakwaan melibatkan Perdana Menteri dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurutnya, PDRM bersama Pasukan Petugas Khas akan menyiasat mengenai isu pembocoran maklumat perbankan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang disifatkan sebagai tindakan “sabotaj ekonomi” kepada negara.
“Kita akan menyiasat tentang pembocoran maklumat perbankan dan menyebarkannya. Kita juga akan siasat Wall Street Journal dalam aspek ini.
“Kita akan siasat mengikut Seksyen 4 Akta Jenayah Komputer,” katanya lagi.
Pada Jumaat lalu, WSJ menyiarkan artikel yang memetik ‘penyiasat yang tidak dinamakan’ mendakwa dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1MDB disalurkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.
Khalid adalah salah seorang anggota Pasukan Petugas Khas selain Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Pasukan Petugas Khas itu ditubuhkan pada 4 Julai lalu bagi menyiasat dakwaan terhadap Najib membabitkan dana daripada 1MDB.
1) Ambank founder Hussain Najardi, sold all his shares in 1983-84 and help create International Islamic University and have not been in management nor have an office at Ambank for the past 30 years.
2) No such police report was filed by Najardi in July 2013 or at any time regarding this transaction. No such records exist.
3) None of the IT heads were forced to resign in 2013. In fact, the CIO, Charles Tan, who is ex-Accenture, is still there today – spanning more than 10 years.
4) Even if the IT heads were forced to leave, they can still leak to public or go to opposition if they were aware of such a large transfer but for over 2 years, nobody was aware of such a large transfer.
5) The Ambank founder was killed because of the Bukit Ceylon temple land dispute as he was blocking the sale to other parties.
6) The only son of the owner, Pascal Najardi is a scumbag. He was born in Swiss and holds dual Swiss-British citizenship and has hardly lived in Malaysia.
Pascal used the Syariah High Court to sued the wife of his late father Cheong Mei Kuen and deprived her of RM1.8mil inheritance because she was not a Muslim and even forced her to pay RM30k cost.
Mdm Cheong was also injured in the shooting and held her dying husband in her arms in a pool of blood.
SUMMARY: The Ambank Founder murdered story linked to Najib is pure rubbish AND TOTALLY UNTRUE.