Mana-mana pemimpin dan ahli Pas yang berhasrat menyertai parti baharu di bawah Gerakan Harapan Baharu diingatkan untuk meneliti kembali baiah kesetiaan yang diberikan mereka kepada Pas.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, baiah bukan hanya diberikan semasa seseorang ahli Pas itu bakal bertanding menjadi wakil rakyat, malah ketika seseorang itu mendaftar dan mengisi borang keahlian parti.
Katanya, baiah atau ikrar janji setia menuntut ahli-ahli parti untuk taat dan patuh kepada kepimpinan parti.
“Baiah lazimnya menyebut mengenai soal menjaga kerahsiaan parti tetapi ada juga baiah yang lama-lama dahulu boleh menyebabkan perceraian suami isteri sekiranya dilanggar.
“Soal baiah ini tidak boleh dibuat main-main. Cuba teliti kembali apa yang sudah dibaiahkan, maka perlu dijaga perkara ini betul-betul,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengumumkan inisiatif Gerakan Harapan Baharu yang dipengerusikannya bagi menubuhkan sebuah parti politik Islam baharu untuk bergerak dalam pakatan pembangkang.
Menurut Mahfodz, mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang berhasrat menyertai parti baharu itu sewajarnya memiliki integriti untuk mengisytiharkan keluar daripada Pas dan seterusnya meletakkan jawatan bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakili.
“Golongan ini perlu ingat yang mereka ini menang dengan tiket Pas. Mereka bukan menang dengan tiket DAP, tiket PKR atau tiket pakatan. Oleh itu, kalau mereka mahu sertai parti baharu, mereka perlu letakkan jawatan dan kosongkan kerusi,” katanya.
Dalam pada itu, Mahfodz turut menempelak gerakan berkenaan yang menggunakan markas-markas Pas serta kemudahan-kemudahan parti bagi menghasut ahli-ahli Pas keluar daripada parti.
Katanya, beliau melihat golongan yang hendak menubuhkan parti baharu berkenaan adalah daripada kalangan yang kecewa kerana tewas dalam pemilihan parti Pas bulan Jun lalu.
“Saya bimbang kerana dalam parti baharu itu pun nanti akan ada pemilihan pucuk pimpinan parti, adakah kalau mereka tewas dalam pemilihan itu nanti, golongan itu akan tubuh lagi satu parti baharu?
“Sikap mereka ini akan jadi bahan ketawa sedangkan Pas terus istiqamah mempertahankan dasar Islam dan mendaulat syariat Islam bersumberkan al-Quran, as-sunnah, ijmak dan qias,” katanya.