Coup d’etat bersama Mahathir gagal
Sebelum timbul isu 1MDB, Najib Razak bercakap mengenai ‘jemuan‘ dalam parti yang membawa kepada perpecahan. Masa yang sama Beliau membayangkan akan ada rombakan kabinet.
13 March telah dihebohkan mengenai rombakan kabinet dan cubaan untuk menyingkir Muhyiddin.
6 Mei sekali lagi khabar angin bertiup rombakan kabinet tanpa Muhyiddin.
6 Jun Najib melawat Arab Saudi membawa bersama Zahid Hamidi dan Hishamuddin. Bermula lah serangan Muhyidin secara terhadap 1MDB walaupun masih berkias.
Mengapa?
Muhyiddin sudah membayangkan beliau akan tersingkir dan mahu dirinya dianggap sebagai hero tetapi masih menaruh harapan Najib tidak berani menyingkir beliau.
26 Julai ketika merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras Muhyidin telah mendapat isyarat beliau akan disingkirkan. Peluang berucap didepan perwakilan UMNO digunakan untuk menghentam 1MDB dengan harapan beliau akan disanjung sebagai hero 1MDB apabila di pecat. Kali ini lebih lantang.
28 Julai Muhyidin disingkir dan diganti oleh Zahid Hamidi.
Muhyidin tidak menyangka Najib berani untuk menyingkirkan beliau dan Muhyiddin juga berharap rombakan kabinet dibuat selepas bulan Syawal bagi memberi peluang beliau terus menyerang 1MDB dengan lebih aggresif untuk menjadikan dirinya sebagai hero 1MDB.
Najib mengambil tindakan tepat untuk melakukan rombakan kabinet lebih awal dari tarikh yang dirancang bagi mengelak tohmahan yang lebih dahsyat terhadap 1MDB.
Kepada yang beranggapan Muhyiddin disingkirkan kerana lantang bercakap mengenai 1MDB atau kerana ucapan beliau di mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Cheras, anda sebenarnya silap atau terpedaya dengan silap mata Muhyiddin.
Sebaik sahaja tersingkir 1MDB lah yang menjadi alasan pada kenyataan akbar beliau sedangkan yang sebenarnya beliau memang akan disingkirkan kerana sebab-sebab yang hanya di ketahui oleh Perdana Menteri Najib Razak sebelum timbulnya isu 1MDB.
Misi yang sama seperti yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim yang lantang bercakap mengenai kronisma dan nepotisma sebaik merasa beliau akan disingkirkan walaupun sebenarnya beliau sendiri yang mengamalkan kronisma dan nepotisma.