Seremban: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bercadang mahu membentangkan semula di Parlimen mengenai penyaluran wang dalam akaun semua parti termasuk pembangkang dalam masa terdekat.
Beliau berkata, perkara itu pernah disuarakan di Parlimen tetapi ditolak terutama oleh DAP.
Katanya, ia penting bagi menjelaskan sumber dan dana yang diperolehi parti sehingga menimbulkan spekulasi tidak baik oleh rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat UMNO Bahagian Seremban di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi, di sini, hari ini.