1. Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri di Hulu Selangor semasa merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Hulu Selangor hari ini.
2. Saya menyokong penuh ucapan YAB Perdana Menteri dan mencadangkan untuk diadakan SIDANG PARLIMEN TERGEMPAR bagi dibuat pindaan secepat mungkin terhadap Akta Komunikasi dan Multimedia (CMA) 1998, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998 serta semua Undang-Undang yang berkaitan seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
3. Pindaan-pindaan ini perlu dilaksanakan kerana pembohongan-pembohonganyang berlaku merancuni pemikiran rakyat sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada Kerajaan seperti yang dikatakan oleh YAB Perdana Menteri. Tambahan pula, sejak kebelakangan ini MEDIA SOSIAL TELAH DIJADIKAN MEDAN UNTUK MENYALAHGUNAKAN KEBEBASAN BERSUARA YANG BERTENTANGAN DENGAN PRINSIP DEMOKRASI.
YB Dato’ Sri Azalina Othman Said
Ahli Parlimen P157 Pengerang