Anwar buka langkah lawan Dr Mahathir dan gagal maka beliau terpaksa menanggung akibat dari kegagalan tersebut. Terima lah hakikat itu. Muhyiddin juga buka langkah lawan Najib dan beliau juga gagal. Oleh itu beliau juga perlu menanggung akibat dari kegagalan tersebut. Dengan itu Muhyiddin juga terpaksa terima hakikat tersebut juga.
Pembohongan demi pembohongan yang bersilih ganti. Bilakah semua kekarutan ini akan berhenti?
Presiden PAS Abdul Hadi Awang harus digulingkan kerana PAS Kelantan mahu meminda Rang Undang-undang syariah yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.
Rang Undang-undang Syariah telah diluluskan pada tahun 1993. Manakala Pakatan Rakyat pula telah ditubuhkan 15 tahun kemudian pada tahun 2008.
Mengapa tidak jujur dan beritahu kita bahawa Hadi mesti disingkirkan kerana beliau tidak menyokong penyingkiran Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim? Hadi kemudian menyokong Azmin Ali bukannya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru. DAP pula benar-benar marah dengan perkara ini.
Mereka beritahu kita bahawa Khalid Ibrahim digulingkan kerana belia adalah Menteri Besar rasuah. Adakah mereka tunjukkan bukti perbuatan rasuah Khalid? Bukti tidak diperlukan. Sebaliknya Khalid pula mesti tunjukkan bukti bahawa beliau tidak rasuah.
Bagaimana pula dengan Anwar Ibrahim? Adakah beliau perlu buktikan bahawa beliau tidak melakukan liwat? Dalam kes Anwar, beliau tidak perlu membuktikan beliau tidak bersalah. Sebaliknya, pihak pendakwa mesti membuktikan kesalahannya.
Malah, dalam kes liwat pertama pada tahun 1998, Anwar dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri kerana beliau cuba menggulingkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Seluruh dunia tahu perkara ini dan seluruh dunia juga tahu bahawa pertuduhan liwat, walaupun ia mungkin benar, telah digunakan sebagai alasan untuk menyingkirkannya.
Apa pun kemungkinannya, Anwar mendedahkan diri beliau untuk menjadikannya alasan untuk menyingkirkan beliau. Jika tidak kerana liwat , akan ada jalan lain digunakan oleh Dr Mahathir untuk menyingkirkan Anwar.
Muhyiddin Yassin juga buka langkah untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau telah bertemu Azmin Ali dan Lim Guan Eng dan merancang untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Najib.
Satu-satunya masalah adalah Hadi tidak akan menyertai komplot tersebut maka mereka tidak mendapat undi yang cukup. Mereka perlukan semua undi daripada Pakatan Rakyat manakala 30-40 lain pula daripada Barisan Nasional, yang Muhyiddin akan sediakan. Tanpa undi PAS mereka akan gagal “dead in the water”.
Dengan sebab itu Najib terpaksa singkirkan Muhyiddin. Ia tidak ada kena mengena dengan 1MDB. Ia berkenaan undi tidak percaya yang dirancang oleh Muhyiddin. Isu 1MDB hanya akan menjadi alasan untuk undi tidak percaya.
Anwar buka langkah lawan Dr Mahathir dan gagal maka beliau terpaksa menanggung akibat dari kegagalan tersebut. Terima lah hakikat itu. Muhyiddin juga buka langkah lawan Najib dan beliau juga gagal. Oleh itu beliau juga perlu menanggung akibat dari kegagalan tersebut. Dengan itu Muhyiddin juga terpaksa terima hakikat tersebut juga.
– Malaysia Today