Adakah Plan C Masih Berjalan Atau Kita Beralih Kepada Plan X? - pakdin.my

Pelan C merupakan dimana SPRM menangkap Najib di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang membawa hukuman di bawah Seksyen 24 Akta yang sama dan, apabila disabitkan, akan membawa hukuman penjara yang sama dengan Seksyen 124 Kanun Keseksaan, iaitu penjara 20 tahun.

Azmin Ali menafikan pertemuan beliau dengan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu untuk membincangkan plot untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Azmin tidak menafikan mesyuarat tersebut. Beliau menafikan sebab bagi mesyuarat itu. Tujuan perjumpaan dengan bekas TPM, menurut Azmin, adalah untuk membincangkan isu air di Selangor.

Namun sudah ada Menteri yang bertanggungjawab bagi mengendalikan isu air. Beliau adalah orang yang akan menyelesaikan rundingan air antara negeri dan kerajaan persekutuan. Apa kaitan Timbalan Perdana Menteri dengan isu air?

Begitu juga apabila Azmin menafikan yang beliau ada berjumpa Tun Dr Mahathir Mohamad di London. Beliau menafikan ia sekeras-kerasnya ‘, seperti beliau menafikan ‘ sekeras-kerasnya ‘ yang perjumpaan beliau dan Muhyiddin merupakan perancangan plot undi tidak percaya terhadap Najib. Tetapi kini, telah disahkan bahawa Azmin sebenarnya, telah bertemu Dr Mahathir di London.

Tujuan mesyuarat di London adalah untuk Azmin sampaikan mesej dari Anwar Ibrahim. Pakatan Rakyat akan menyokong sebarang langkah untuk menggulingkan Najib jika Dr Mahathir boleh bersetuju dengan syarat pengampunan Anwar untuk membebaskan beliau dari penjara.

Walaubagaimanapun, Dr Mahathir, menolak cadangan tersebut. Jika pengampunan dan pembebasan Anwar adalah sebahagian daripada perjanjian itu maka Dr Mahathir tidak berminat. Anwar tidak boleh menjadi sebahagian daripada syarat-syaratnya.

Keesokan harinya Azmin terbang balik ke Malaysia dan dua hari kemudian beliau pergi berjumpa Anwar di Penjara Sungai Buloh (lihat gambar di bawah) untuk menyampaikan berita buruk tersebut. Dan berita buruk adalah ‘tiada persetujuan’.

azmin-1

Lim Guan Eng juga menafikan berjumpa Muhyiddin untuk membincangkan plot bagi menggulingkan Najib. Beliau tidak menafikan ada berjumpa Muhyiddin tetapi beliau berkata beliau bertemu dengan bekas Timbalan Perdana Menteri itu hanya untuk membincangkan urusan kerajaan.

Sebelum ini Guan Eng turut menafikan berada di belakang plot untuk menjatuhkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan menafikan berada di belakang plot untuk mewujudkan sebuah parti Islam baru yang dipanggil GHB atau PAS 2.0. Beliau juga menafikan memberi Team B dalam PAS beberapa juta Ringgit. Tetapi kini terbukti bahawa penafian tersebut palsu.

Sudah tentu mereka akan menafikan semua dakwaan berjumpa bekas Timbalan Perdana Menteri untuk membincangkan plot bagi menggulingkan Perdana Menteri. Jika mereka mengaku terlibat dalam konspirasi tersebut maka mereka berisiko ditangkap di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan.
Tambahan pula, jika mereka mengakui bahawa Muhyiddin mengetuai konspirasi untuk menggulingkan Najib maka beliau juga menghadapi risiko tindakan tatatertib dan boleh digantung atau dipecat daripada Umno walaupun beliau tidak ditangkap dan didakwa di bawah Seksyen 124.

Okay, bagaimana jika saya dedahkan bahawa beberapa pemimpin MIC juga bertemu Muhyiddin bagi membincangkan isu meninggalkan Barisan Nasional untuk menyertai DAP? Dan bagaimana jika saya mendedahkan lagi bahawa Muhyiddin memberitahu mereka untuk beri sedikit masa lagi kerana tidak lama lagi Najib akan digulingkan.

Di antara pemimpin-pemimpin MIC ini adalah Datuk Seri G Palanivel, Datuk S Soothinathan, Tan Sri S Balakrishnan, Anbumani Balan dan Datin Seri P. Kanagam.

Mereka mungkin akan menafikan mesyuarat itu. Namun jika saya tunjukkan gambar perjumpaan mereka, kemungkinan besar mereka tidak menafikan pertemuan itu tetapi akan menafikan tujuan perjumpaan itu dan memberitahu kita bahawa ia adalah untuk membincangkan hal-hal masyarakat India.

muhyiddin-Soothinathan

Bagaimanapun, Pelan A (iaitu untuk meluluskan undi tidak percaya terhadap Najib di Parlimen) dan Pelan B (untuk memaksa Najib meletak jawatan semasa mesyuarat Kabinet pada 29 Julai atau ditangkap) gagal apabila kedua-dua mereka iaitu Timbalan Perdana Menteri dan Peguam Negara telah diganti.

Jadi, oleh kerana Pelan A dan B telah gagal, mereka kini perlu pergi kepada pelan C, dan jika gagal juga, maka akhirnya mereka terpaksa gunakan pelan X.

Dan apakah Pelan C?

Pelan C merupakan dimana SPRM menangkap Najib di bawah Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang membawa hukuman di bawah Seksyen 24 Akta yang sama dan, apabila disabitkan, akan membawa hukuman penjara yang sama dengan Seksyen 124 Kanun Keseksaan, iaitu penjara 20 tahun.

Tetapi, seperti dalam kes Pelan A dan B, Najib “pre-empted” langkah ini dan keluarkan beberapa pegawai SPRM dan pindahkan mereka ke Jabatan Perdana Menteri.

Sekarang mereka melaungkan ‘haram’ dan ‘tidak berperlembagaan’ dan ‘tidak adil’ dan sebagainya. Hello! Brader! Ini adalah politik! Dalam politik anda membuat langkah anda dan “pre-empt” menggagalkan langkah tersebut oleh pihak yang satu lagi. Anda menyerang sebelum musuh menyerang anda dan “checkmate” mereka dalam setiap langkah tersebut.

Adakah ini tidak seperti apa yang Dr Mahathir telah lakukankan? Dan ini bukan penyebab mengapa beliau masih Perdana Menteri selama 22 tahun ketika mereka cuba menyingkirkan beliau hanya selepas enam tahun Mahathir di pejabat?

Jadi ianya kelihatan seperti Pelan C, seperti Pelan A dan B, telah gagal. Jadi mereka mungkin terpaksa menggunakan ke pelan terakhir, iaitu pelan X. Saya boleh lebih atau kurang ‘bau’ apakah pelan X tersebut kerana seorang pemimpin pembangkang telah memberi amaran kepada saya mengenai ‘The Big One’, yang akan datang pada bulan Oktober.
Apakah ‘The Big One’? Dan mengapa ia akan datang dalam bulan Oktober? Pemimpin pembangkang tidak memberitahu saya selain daripada ‘The Big One” akan berlaku pada bulan Oktober. Dan adakah ‘Big One’ merupakan Pelan X?

Sheesh. Oktober hanya dua bulan lagi dari sekarang. Adakah kita perlu menunggu dua bulan lagi sebelum kita tahu apa dia ‘The Big One’ dan sama ada ianya merupakan pelan X? Dan adakah Najib juga tahu apa ‘The Big One’? Dan adakah beliau mempunyai rancangan untuk pre-empt bagaimana menggagalkan ‘The One Big’ sepertimana beliau pra-empted Pelan A, B dan C?

Malaysia Today

UTAMAPOLITIKAdakah Plan C Masih Berjalan Atau Kita Beralih Kepada Plan X?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium