Mengambil contoh dan pengalaman gerakan “baju merah” di Bangkok, ada pihak di Tanah Air telah pun ke Bangkok untuk berbincang menimba pengalaman pimpinan mereka melancarkan gerakan massa dan bagaimana dapat bertahan begitu lama hingga dapat mengugat kerajaan Abashit yang memerintah ketika itu.
Pihak-pihak yang terlibat kini sedang merancang untuk melaksanakan pelan tindakan serta memeta pelbagai senario kemungkinan tindakan untuk menggerakkan puluhan ribu “penyokong” mereka.
Saya mengguna istilah “penyokong” dalam kurungan kata kutip kerana dalam perbincangan mereka dengan penggerak kumpulan “baju merah” mereka bertanyakan bagaimana ribuan “penyokong” mereka dapat setia bertahan bersama mereka berhimpun berbulan lamanya di kota Bangkok.
Maka, jawapan yang diterima ialah para “penyokong” ini kebanyakannya adalah terdiri dari orang luar kota Bangkok atau dari pinggiran kota Bangkok (kawasan orang-orang miskin) yang dibayar khusus untuk bertahan selama mereka berhimpun di tempat strategik tersebut. Mereka mempunyai dana yang mencukupi untuk membawa para orang luar ini dan diupah untuk duduk guling-guling membantah. Ramai di kalangan para penyokong ini sendiri tidak faham pun apa yang mereka perjuangkan tetapi asalkan mereka dibayar mereka sanggup melakukan “kerja” yang diupah itu.
Maka, pihak-pihak yang terlibat ini sedang merancang dan mencari dana yang mencukupi untuk satu gerakan protes guling-guling bagi memuaskan nafsu serakah sesetengah pemimpin yang haloba dengan kuasa.
Kita kena ingat dan lihat kembali bagaimana perhimpunan BERSIH bermula dan didanai. Kebanyakan orang hanya maklum bahawa ianya suatu gerakan bantahan menuntut proses pilihanraya di Tanah Air kita berjalan dengan bersih dan telus. Murni sungguh gambaran yang diberikan.
Dan orang ramai ingatkan bahawa ianya digerak dan dirancang oleh beberapa aktivis masyarakat tempatan dan dirancang mungkin beberapa bulan sebelum itu. Mungkin sebahagian kecil aktivis yang terlibat ini secara naifnya tidak sedar pun rancangan dalang luar yang memberi pandu tunjuk.
Gerakan yang menggelarkan diri mereka sebagai “BERSIH” itu sebenar dinodai oleh tangan-tangan asing yang merancang untuk menepati polisi negara luar.
BERSIH yang pertama diadakan pada 10 November 2007 dan yang kedua ialah pada tahun 9 Julai 2011. Tetapi kita MESTI lihat bagaimana ianya dirancang dan mula digerakkan. Dua tahun sebelum BERSIH yang pertama, agensi kerajaan Amerika Syarikat telah menaja siri bengkel dan sesi penerangan untuk BERSIH. Program-program begini dibiayai oleh National Endowment for Democracy (NED) dan National Democratic Institute (NDI). [baca: BERSIH Tidak Terima Dana Dari NED Tapi Dari NDI, Apa Bezanya?]
[sila baca juga: The “Moderate Baruas”]
Satu-satunya kuasa asing dengan rasminya dilapor memberi sokongan kepada perhimpunan dan guling-guling BERSIH datang dari Pejabat Negara Amerika Syarikat, seperti mana dilaporkan oleh AFP:
“We believe citizens of any country should be allowed to peacefully assemble and express their views”
Waspadailah anasir musuh Tanah Air, musuh Agama dan musuh Bangsa kita ini. Gerak rancang mereka menelusuri percaturan Amerika Syarikat sepertimana disebut oleh Rand Corporation:
The U.S. government should make an explicit decision to help build moderate Muslim networks and link these efforts to overall U.S. strategy and programs.
Ya Allah, selamatkanlah kami, kaum keluarga kami, Tanah Air kami dari kedurjanaan musuh.