Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah RM357.7 bilion (bersamaan denganUSD94.7 bilion) pada 28 Ogos 2015. Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.4 bulan import tertangguh dan ialah 1.0 kali hutang luar negeri jangka pendek[1].
[1]Merujuk kepada hutang luar negeri jangka pendek yang didefinisikan semula, yang termasuk peminjaman luar pesisir jangka pendek, pemegangan sekuriti hutang jangka pendek dalam ringgit oleh bukan pemastautin, deposit bukan pemastautin dengan sistem perbankan dan hutang jangka pendek lain. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana bertajuk ‘Definisi Semula Hutang Luar Negeri’ dalam Buletin Suku Tahunan Mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan Malaysia pada Suku Pertama 2014.
Lihat juga: Penyata Aset & Liabiliti BNM pada 28 Ogos 2015