SAMOSIR: Seorang lelaki Indonesia yang hilang ditemui hidup, dalam keadaan berbogel dan terapung di tasik gunung berapi, dua hari selepas helikopter yang dinaikinya terhempas.
Lelaki itu, yang dinamakan dalam laporan tempatan sebagai Fransiskus Subihardayan, dikejarkan ke hospital selepas didapati sedar tetapi sangat lemah, dan hanya memakai jam tangan hitam, di Danau Toba, lokasi di mana pesawat itu dipercayai jatuh terjunam, di pulau Sumatera Barat.
Dia yang berusia 20-an, adalah salah seorang daripada lima orang di atas helikopter Eurocopter EC-130 yang terselamat apabila ia hilang pada Ahad dalam penerbangan singkat dari pulau Samosir pulau, sebuah tempat pelancongan popular di tasik itu ke kota Medan.
“Lelaki itu ditemui oleh tentera laut kira-kira pukul 2 petang,” kata jurucakap agensi mencari dan menyelamat, Hisar Turnip, kepada AFP.
“Dia tidak berenang, hanya terapung. Dia ditemui tanpa pakaian, dalam keadaan bertelanjang bulat.”
Dia memberitahu penyelamat bahawa dia merupakan penumpang helikopter dan memberikan beberapa butiran, tetapi berada dalam keadaan separa sedar ketika dibawa ke sebuah hospital tempatan, kata pegawai.
Keadaannya sekarang masih tidak diketahui.
Pegawai agensi mencari dan menyelamat Heronimus Guru berkata Subihardayan memberitahu penyelamat bahawa semua di atas kapal, termasuk dirinya sendiri, dua penumpang lain, seorang juruterbang dan seorang jurutera berjaya melompat dari helikopter ketika ia jatuh.
“Dia memberitahu kelima-lima mereka berjaya melompat keluar, dan berjaya untuk terus bertahan dengan berpaut pada ‘water hyacinths’ sehingga pukul 11 malam tetapi kemudian mereka terpisah,” katanya.
Usaha menyelamat itu dibuat selepas kusyen helikopter ditemui di tasik itu lewat semalam.
Pasukan mencari masih memburu bangkai pesawat yang hilang, penumpang dan anak kapal.
Danau Toba terletak di tengah-tengah gunung berapi di kawasan yang sangat indah dan popular di kalangan pelancong asing dan domestik.
Ia adalah tasik gunung berapi terbesar di dunia dan terbentuk oleh letusan besar puluhan ribu tahun yang lalu.