Rang Undang-Undang Perbekalan 2016 (Bajet 2016) diluluskan pada peringkat dasar di Dewan Rakyat malam ini.
Seramai 128 Ahli Parlimen menyokong manakala 74 menentang apabila undian belah bahagi diadakan.
“Yang bersetuju supaya rang undang-undang ini dibaca kali kedua adalah sebanyak 128 orang, dan bagi yang tidak bersetuju adalah 74 orang.
“Dengan keputusan ini, saya umumkan rang undang-undang ini dibaca untuk buat kali ke-2,” kata Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.