Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir Terbuka Hong Kong selepas menewaskan pemain tuan rumah, Angus Ng Ka Long pada Sabtu.
Dalam aksi separuh akhir di Coliseum Hong Kong itu, Chong Wei mencatatkan kemenangan dengan 21-19,21-14.
Chong Wei yang memperkukuhkan kemenangannya dalam Terbuka Perancis dan Terbuka China baru-baru ini, akan bertemu dengan pemain China, Tian Houwei dalam perlawanan akhir yang bakal berlangsung pada Ahad.
Houwei menewaskan pemain Indonesia, Ginting Anthony dengan 18-21, 21-11, 21-6 pada aksi separuh akhir.