Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung jawatan berkuatkuasa serta-merta sehingga pemilihan parti akan datang.
Keputusan itu atas persetujuan bersama ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) parti itu diadakan petang ini.
Mesyuarat MT juga memutuskan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan mengambil alih tugas sebagai Timbalan Presiden UMNO, kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
–