Phang Li Khoon, pemilik asal banglo Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Phang akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.
Difahamkan Phang akan didakwa kerana berbohong atau membuat akuan bersumpah palsu atau rasuah.
Bagaimanapun tidak diketahui di mana dan bila Phang ditahan tetapi seorang pegawai kanan kerajaan negeri mengesahkan penangkapan itu.
Menerusi kenyataan pada 25 Mei, SPRM berkata pihaknya telah menyelesaikan siasatan berhubung pembelian banglo Lim dan menyerahkan kertas siasatan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
SPRM juga berkata tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil jika Peguam Negara berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh badan anti rasuah itu.