PAS kesal dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, kononnya penangkapan beliau semalam oleh SPRM seolah-olah didalangi PAS dan UMNO untuk menjatuhkannya.
Kata Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Abdullah, kenyataan Guan Eng dalam twitternya semalam turut menyalahkan PAS itu, dianggap fitnah berniat jahat.
Datuk Mohd Amar, mengulas akaun twitter Guan Eng semalam, dihantar selepas beliau ditahan oleh sepasukan pegawai SPRM, menuduh UMNO dan PAS cuba memenjarakannya menggunakan isu skandal banglo rasuah.