SHAH ALAM – Sebuah menara azan di Surau Ar-Raudhah, Setia Alam di sini dirobohkan oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) atas alasan tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa.
Kerja perobohan menara setinggi 30 meter itu dilakukan kira-kira pukul 9 pagi tadi menggunakan sebuah kren.
Dipercayai kerja-kerja perobohan dilakukan selepas wujudnya aduan daripada penduduk yang bimbang dengan keselamatan mereka ekoran kewujudan menara tersebut meskipun ia telah dibina sejak dua tahun lalu.
–