LONDON: Beliau merupakan seorang bilionair dengan dianggarkan memiliki kekayakan kira-kira AS$5.3 bilion (RM21.2 bilion).
Namun status itu tidak bermakna buat ahli perniagaan Britain tersebut, Sir Philip Green akan mengikut perkembangan teknologi semasa termasuk penggunaan gajet canggih.
Beliau didapati masih menggunakan telefon bimbit model lama iaitu Nokia 6310 sedangkan zaman kini ramai orang telah beralih kepada telefon pintar.
Malah Green juga masih membawa buku cek berbanding menggunakan kad kredit atau perbankan Internet untuk melakukan sebarang pembayaran.