Sebagai yang pernah diperkatakan oleh banyak pihak berkenaan Tun Mahathir, beliau tiada kesetiaan kepada mana mana pihak dan kepada sesiapa pun selain kesetiaan kepada matlamat dirinya sendiri sahaja.
Terlalu tepat sekali pandangan berkenaan Mahathir ini.
Kelmarin ketika berlangsung Konvensyen Pakatan Harapan, Mahathir menyeru kepada pihak Pakatan Harapan supaya semua parti komponen berdiri dalam keadaan bersatu untuk menghadapi Barisan Nasional.
Hanya dengan kedudukan bersatu sahaja Pakatan Harapan boleh dan mampu menjatuhkan Barisan Nasional. Namun itu tidak berlaku.
Kempen peribadi Mahathir kini di bawa ke peringkat nasional kerana sudah gagal di peringkat serangan peribadi beliau bersendirian bersama kuncunya berlawan dengan DS Najib.
Dengan memakai “outfit” Parti Pribumi sebagai lesen untuk bersuara di dalam Pakatan Harapan, Mahathir tanpa malu dan segan berlagak seolah olah dia sudah menjadi sebahagian dari mereka berkurun lamanya.
Mahathir menyeru Pakatan Harapan untuk bersama sama tanpa berbelah bagi kesetian untuk berlawan BN, hanya dengan PH bersatu sahaja BN boleh ditumbangkan.
Jika diperhalusi skrip Mahathir ketika berucap kepada delegasi konvensyen, seseorang tentu dapat megesan bahawa itulah juga skrip Mahathir ketika memakai “outfit” Presiden UMNO dan Pengerusi BN selama 22 tahun.
Maka boleh dikira ucapan Mahathir umpama sedang menjual ubat luput tarikh kepada pesakit baru iaitu Pakatan Harapan.
Lebih tepat lagi jika diumpamakan Pakatan Harapan sebagai syarikat sarkis yang baru sedang masuk ke pekan dengan badut dan haiwan baru untuk dipersembahkan.
Jika dikaji sejarah Mahathir kebijaksanaannya adalah melemparkan sesuatu sebagai umpan untuk mengalihkan pandangan orang dari melihat kepada dirinya.
Dalam perang peribadinya dia berjaya mengalihkan tumpuan rakyat kepada DS Najib sebagai “subject” dan rakyat tidak beri tumpuan kepada penyakit dan masalah peribadi Mahathir sendiri.
Dalam skala besar pula, Mahathir menyeru audien barunya menumpukan perhatian kepada BN dan tidak perlu melihat kepada kedudukan Pakatan Harapan itu sendiri yang carca marba dan kepimpinannya penuh dengan skandal dan isu.
Begitu juga Mahathir berjaya mengalihkan rakyat dari membenci Najib dan apabila gagal menyeru mereka membenci UMNO pula. Kini ia mengalihkan kepada benci BN.
“Shifting of Focus” yang dimainkan oleh Mahathir juga membuat rakyat di arah menyukai “Soros” yang sekian lama dia sendiri yang mendidik mereka untuk membenci Soros.
Mahathir juga berjaya bermain minda rakyat dengan cubaannya menghalalkan wang derma dari Soros setelah sekian lama menyuruh rakyat membenci “derma” dari Arab.
Jika yang menderma itu Arab, maka Mahathir mengelarkan nya sebagai “Arab Bodoh” namun jika ikut kepentingannya di waktu ini jika yang menderma untuk BERSIH dan Majlis Peguam atau MKini itu Soros, maka ia bukan Soros yang bodoh.
Begitulah Mahathir dia tidak bodoh, dia hanya memperbodohkan orang sahaja, yang bodoh sebenar nya adalah mereka yang menerima kata katanya secara pukal “line hook and sinker”.
Mahathir semacam Anwar Ibrahim juga, keduanya berupaya menjual ais kepada eskimo.
Jika mereka bercakap sesiapa yang mendengar tanpa berfikir akan terpengaruh.
Kerana menyedari ada kepincangan dalam perkongsian benci dengan Pakatan harapan , maka Mahathir mengarah mereka menumpu kan perhatian kepada musuh iaitu BN.
Keadaan sebenar adalah kedudukan Pakatan Harapan yang sedang parah.
Kelahiran Parti Pribumi sebenarnya adalah penyakit baru mereka. Parti Pribumi bermasalah umum jumlah keahliannya walaupun mereka boleh menipu dengan jumlah , mereka tidak berani berbuat sedemikian kerana akan diketahui rakyat juga.
Selain Pribumi bermasalah dalaman, sesama anggota komponen pun mereka bermasalah juga.
Konvensyen yang sepatutnya berakhir dengan satu iltizam menandatangani MOU tidak menjadi kerana TS Muhyiddin ada rencana lain yang perlu difikirkan.
Dipercayai usaha sedang dibuat untuk Pribumi mengadakan sepakatan dengan PAS dan PKR dan bukan dengan DAP dan PAN.
Apa pun yang penting Mahathir sedang menjual ubat luput tarikhnya kepada PH dengan harapan mereka membelinya tanpa sebaran keraguan.
Mahathir berharap sangat mereka dapat dipulihkan untuk menghadapi Barisan Nasional, tanpa Mahathir sendiri sedar yang sakit dan nazak bukan sangat kepada kedudukan Pakatan Harapan , tetapi yang sakit dan nazak yang perlu ubat adalah Mahathir sendiri.
Dia yang sedang sakit teruk dan perlu “intensive care”.