Ramai orang berpendapat menamakan Perdana Menteri adalah amat penting kerana bergerak dari situ maka seluruh tenaga boleh digembelingkan untuk memenangkan parti yang bertanding pada PRU14.
Sambil itu menamakan calon Perdana Menteri amat penting kerana ia menunjukkan kata sepakat telah dibuat dan muafakat telah wujud demi kebaikan Pakatan Harapan.
Pada konvensyen yang baru berlalu beberapa hari lepas, Pakatan Harapan telah secara tidak langsung menunjukkan mereka belum lagi bersedia untuk berpakat untuk menamakan calon bagi mewakili mereka sebagai Perdana Menteri.
Ini menunjukan parti DAP, PAN, PKR dan Pribumi masing masing belum bersedia untuk memberi kepercayaan kepada calon masing masing.
Maka atas dasar tidak mahu terlihat sesama mereka bercakaran, mereka mengelakkan dari menamakan calon Perdana Menteri mereka.
Hampir semua kepimpinan parti dalam PH mengetahui bahawa calon idaman Tun Mahathir adalah mereka yang akan menamakan anaknya sebagai timbalan dan kemudiannya menaikkan anaknya Mukhriz sebagai Perdana Menteri.
“Orang” ini boleh jadi sesiapa pun asalkan agenda Mahathir termakbul.
Bagi pihak PH pula hampir majoriti dari mereka mahukan Anwar Ibrahim menjadi calon Perdana Menteri, maka dari kelihatan ‘clash” pendapat sesama mereka , lebih elok ia tidak dibincangkan.
Tun Mahathir sentiasa mengawasi semua kedudukan untuk menamakan Perdana Menteri dari PH.
Ini adalah kerana mahu menjaga kepentingan agenda peribadinya.
Beratus ratus sudah majlis dihadiri oleh Tun Mahathir tetapi sekali pun dia tidak pernah menyebut nama anaknya sebagai calon Perdana Menteri, dan akan mengelak untuk menamakan Mukhriz seboleh mungkin.
Ini bermaksud sebagai melindungi nama ‘candidate” idamannya dari serangan.
Mahathir bermain sekitar nama Muhyiddin dan Anwar. Ini supaya jika ada serangan atau tekanan, maka kedua mereka ini yang akan menerima padahnya.
Itu cara Mahathir dari dulu, menggunakan pihak lain untuk selamatkan dirinya atau anaknya.
Selain itu, nama Azmin juga ada dimainkan sekali sekala oleh jentera Tun M, tetapi ia bergantung kepada kerusi apa yang Azmin akan bertanding nanti.
Jika dia pilih untuk bertanding 2 kerusi iaitu DUN dan Parlimen, maka desas desus ini hampir betul.
Mahathir akan sebolehnya menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri kerana dijangka dengan kelicikan Anwar, sudah tentu dia tidak akan menyerahkan tahkta kepada anaknya Mukhriz dalam masa terdekat. Dia akan “hold on” selama dia mahu.
Ini menjadikan Anwar sebagai calon “no no” kepada Mahathir.
Muhyiddin adalah calon paling tepat bagi Mahathir kerana, Mahathir ada bermacam macam cara untuk memaksanya untuk turun bila tiba waktu.
Jika diteliti dengan halus, kita akan bertanya, kenapa pula Mahathir yang tentukan nama Perdana Menteri dari pihak Pakatan Harapan dan bukan orang lain?
Jawabnya mudah sahaja, PH seperti DAP dan PKR serta PAN, hanya mahu menggunakan Mahathir untuk tumbangkan Barisan Nasional, itu sahaja.
Jadi mereka beri peluang untuk dia bercakap dan bermimpi di siang hari.
Apabila tiba waktunya, dan melihat jumlah kerusi yang sedikit di terima oleh Pribumi, mereka akan tolak sahaja Mahathir ketepi.
Usahkan jawatan Perdana Menteri, jawatan menteri untuk pelbagai kementerian pun akan jadi peperangan kepada PH kerana masing masing mahu membina pasak dalam kerajaan baru.
Jadi buat masa ini, rakyat sudah boleh perhatikan betapa tidak sepakatnya Pakatan Harapan.
Bagi Mahathir, dia hanya mahu pergunakan PH seperti dia pergunakan UMNO untuk memuaskan nafsu peribadinya, bagi Pakatan Harapan, mereka pun sama juga, sekadar mahu cuba melihat jauh mana Mahathir berjaya rosakkan Barisan Nasional kerana ini cubaan pertama menggunakan bekas Perdana Menteri dari BN untuk menjatuhkan BN.
Pribumi Bersatu adalah parti yang gagal umumkan jumlah keahliannya walaupun telah berjanji sedemikian lebih sebulan lalu, jika jumlah ahli pun gagal untuk di beritahu sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena pada parti ini.
Tentu sekali tiada rugi untuk masing masing parti dalam Pakatan Harapan untuk pergunakan satu sama lain, hanya apabila perlu nanti baru lah masing masing menunjukan “true color” masing masing apabila habuan sudah menjelma di depan mata.