Hallo, takkan keluarga ini belanja seluruh pendapatan bulanan RM3,000 diatas barangan yang dikenakan GST?
Keluarga ini langsung tak ada bayar sewa ataunpun ansuran rumah, ansuran kereta, petrol ataupun kos pengangkutan awam ataupun tak bayar elektrik/air ataupun insuran ataupun langsung tak beli makanan mentah untuk masak di rumah? Semua ini tidak dikenakan GST.
Keluarga yang berpendapatan RM3,000 sebulan hanya belanja tidak lebih dari RM1,000 sebulan untuk barangan yang dikenakan GST.
Keluarga ini juga dikecualikan dari membayar sebarang cukai pendapatan.
RM1,000 X 6% = RM60 sebulan. Ataupun RM720 setahun,
Dengan BR1M RM1,200, keluarga ini UNTUNG. Bukan RUGI.
Mesej WhatsApp PAKATUN
Ikhlas… sekarang periksa perbelanjaan harian anda dalam setiap 1 hari = 24 jam.
Termasuklah
1) belanja dapur anda,
2) segala belian yg anda perlu setiap hari,
3) penggunaan letrik dan air selama 24 jam iaitu (1hari).
Saya mahu tanya anda…cukup ka RM100.00 sebagai menampung segala perbelanjaan keluarga anda dlm masa 24 jam (1hari)??
Baiklah kita anggap RM100.00 itulah perbelanjaan purata keluarga anda pada setiap hari….mari kita kira…
(1) RM100.00 x 6% GST= RM6.00. 1 hari (gst kecil ka)
(2) RM100.00 x 30 hari(1 bulan) = RM3,000.00.
Kita lihat jumlah GST najib.
RM3,000.00 x 6% = RM180.00 GST (masi kecil ka)
(3) kita lihat jumlah perbelanjaan keluarga anda dalam 1 tahun (12 bulan)
RM3,000.00 x 12 bulan (1tahun) = RM36,000.00.
Mari kita kira jumlah GST najib..
RM36,000.00 x 6% = RM2,160.00‼??
Betulkah BRIM najib dapat bantu rakyat miskin??
Mari kita siasat….
Najib umno bn konon bagi BRIM sebanyak RM1,200.00 (1 tahun = 12 bulan)
Sekarang mari kita buktikan bahawa najib umno bn adalah PEMBOHONG LAGI PENIPU BESAR‼
Jumlah perbelanjaan keluarga anda dalam tempoh 1 tahun (12 bulan) adalah sebanyak:
RM36,000.00 x 6% GST = RM2,160.00
Tolak BRIM
RM1,200.00
BRIM boleh cover ka tu jumlah GST yg dikenakan najib pada setiap perbelanjaan keluarga anda dalam 1 tahun?
Kita lihat…
BRIM RM1,200.00 – GST RM2,160.00 = RM960.00(BAKI)‼‼??????
Ini bermakna najib pura pura bagi rakyat miskin brim tapi disebaliknya dia rampas duit rakyat sebanyak RM960.00. setahun‼???
Setiap seorang penerima brim Najib untong sebanyak RM960.00 1 tahun.‼‼
Jika 1 juta orang penerima BRIM, najib untong dari hasil rampasannya sebanyak….
RM960.00 x 1 juta orang malaysia= RM9 bilion‼‼??
Begitulah liciknya najib..