BUTTERWORTH: Sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air 200T dilaporkan terhempas dekat Pengkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pada 5:30 petang tadi.
Dalam kenyataan media yang dikeluarkan TUDM, seorang juruterbang TUDM disahkan maut manakala tiga parah dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut.
“Keluarga anak kapal yang terlibat sedang dimaklumkan oleh pihak TUDM.
“TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian,” kenyataan berkata.
Pesawat malang terbabit dilaporkan berlepas dari Pangkalan TUDM di Subang bagi rondaan maritim sebelum terhempas ketika cuba mendarat di Pengkalan TUDM Butterworth.

Jelasnya, TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.