Tarikh Terima Bayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Bilakah tarikh bayaran BR1M 2017? Dalam pembentangan Bajet 2017, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) akan diteruskan pada tahun 2017 dengan jumlah bantuan dinaikkan. Mengikut rekod pembayaran tahun-tahun lepas, tarikh Pembayaran BR1M 2017 telah dibuatsecara ansuran sebanyak 4 kali kecuali kategori bujanghanya sekali. Namun untuk tahun 2017, pembayaran akan dibuat sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang.
Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2017 yang akan dikemaskini dari masa kesemasa. TarikhPermohonan dan kemaskini BR1M 2017 boleh dibuat bermula dari 5 Disember hingga 31 Disember 2016.
1. Kategori e-Kasih (Pendapatan Bulanan di bawah RM1,000 sebulan) : Jumlah Bantuan RM1200
- Daftar Borang eKasih
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 :28 Januari 2016)
- Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM300 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
- Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)
2. Kategori Pendapatan Bawah RM3k : Jumlah Bantuan RM1,200
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM400 (RM250 : 28 Januari 2016)
- Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM400 (RM250 : 28 April 2016)
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM400 (RM250 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
- Ansuran Keempat : Tiada (RM250 : 28 September 2016)
3. Kategori Pendapatan RM3k Hingga RM4k : Jumlah Bantuan RM900
- Ansuran Pertama : Februari 2017 : RM300 (RM200 : 28 Januari 2016)
- Ansuran Kedua : Jun 2017 : RM300 (RM200 : 28 April 2016)
- Ansuran Ketiga : Ogos 2017 : RM300 (RM200 : 15 Jun 2016 – sempena Hari Raya Aidilfitri) (23 Jun 2016)
- Ansuran Keempat : Tiada (RM200 : 28 September 2016)
4. Kategori Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k : Jumlah Bantuan RM450
- Februari 2017 : RM450 (RM400 pada 28 Januari 2016)
Maklumat dalam kurungan adalah info tarikh pembayaran tahun 2016
Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2017
* Akan dikemaskini
1. Akaun Bank
- Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.
2. Baucar BR1M
- Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.
Hotline BR1M
Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2017, boleh hubungi:
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
- Email kepada br1m@treasury.gov.my.
Semoga panduan Tarikh Pembayaran BR1M 2017 Bantuan Rakyat 1Malaysia ini bermanfaat buat semua penerima BR1M.