KUCHING: Jenazah Allahyarham Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem kini berada di Masjid Jamek Negeri.
Orang ramai mula membanjiri masjid dan pekarangannya sewal jam 8 pagi bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ketua Menteri yang lebih mesra dipanggil sebagai Tok Nan di kalangan rakyat negeri ini.
Malam tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan solat jenazah di kediaman Allahyarham di Damai Jaya, Santubong.
Adenan meninggal dunia pada jam 1.24 petang semalam di Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan.
Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa ke kediamannya pada lewat petang semalam.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semariang selepas solat Zohor.
*** Gambar-gambar menunjukkan suasana di Masjid Jamek Negeri pada pagi ini.