Terlalu kerap melompat, Zaid Ibrahim secara rasmi akan menyertai DAP esok. Seolah-olah dia sudah tidak mempunyai banyak pilihan yang tinggal. Hampir semua parti dia sudah lompat.
Malah, Kelab DiRaja Selangor yang terletak berhadapan Mahkamah di Dataran Merdeka terkenal sebagai tempat di mana peguam biasanya duduk minum ‘happy hour’, telah menolak permintaan Zaid Ibrahim menganjur acara politik disitu yang merupakan Kelab Sukan dan Sosial.
Mengapa mahu mencampur aduk perniagaan dengan kegiatan santai dan sosial di Kelab Diraja Selangor?