Kami faham anda perlu mencari rezeki.
Ramai sahabat2 saya adalah penjual insurans dari pelbagai syarikat yang bekerja dengan penuh etika.
Masing2 ada kelebihan dan keutamaan dan pelanggan bebas memilih pakej insurans yang sesuai dengan kemampuan dan citarasa mereka.
Namun tak perlulah menjual insurans dengan menakut2kan orang lain, memberikan maklumat palsu, memburukkkan hospital kerajaan dan menimbulkan persepsi pada kerajaan dan pemerintah. Last2 nanti Najib jugak kena maki. ?
Perbuatan macam itu tak baik. Kita kan nak cari rezeki yang halal.
GL (Guarantee Letter) adalah surat pengesahan dari majikan untuk dapatkan rawatan PERCUMA dari hospital kerajaan.
Dalam GL ada dinyatakan kelayakan wad pegawai dan keluarganya. Ketua Jabatan berhak memotong gaji pegawai bagi menjelaskan bil sekiranya pegawai meminta kelas wad yang lebih tinggi dari kelayakannya.
Cth: layak kelas 3 tapi mahu kelas 1. Boleh…bayarlah beza caj tersebut secara tunai. Kalau enggan bayar, barulah akan dipotong jumlah hutang dari gaji.
Itupun saya tak pernah dengar kejadian seperti ini sepanjang saya menjadi doktor. ?
Layak kelas 1 tapi dapat kelas 3 mmg banyak…sebab wad kelas 1 mmg limited. ?
Pencen dipotong pun satu kekarutan apatah lagi caj rawatan di hospital kerajaan murah nak mampus.
Buat pembedahan bypass jantung pun kena caj RM 500 sahaja, sedangkan pembedahan yg sama di swasta menelan belanja puluhan ribu ringgit.
Jadi berhentilah menggunakan taktik ini untuk melariskan jualan. Anda boleh tetap berjaya menjual dengan memberikan maklumat yang betul.
Saya sebagai doktor pakar kerajaan juga membeli insurans kerana agen saya memberikan maklumat yang tepat.
Note: Saya terpaksa menulis perkara ini kerana setiap kali ada dakwaan2 spt ini, masyarakat akan bertanya kepada saya tentang kesahihan berita.
Penat wey jawab. ?
Dari Facebook Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10212322584124523&id=1376866460