Dalam banci penduduk terakhir pada tahun 2010, jumlah penduduk Malaysia adalah 28,960,000 dan jumlah bilangan isi rumah ialah 6,350,000.
Hari ini penduduk kita dianggarkan 31.04 juta atau ringkasnya peningkatan kira-kira 7.2% dalam tempoh 7 tahun lepas. Ini bermakna jumlah bilangan isi rumah sepatutnya adalah sekitar 6.8 juta.
BR1M sepatutnya hanya untuk isi rumah berpendapatan rendah 40% (B40) atau anggaran 2.72 isi rumah layak memohon.
Tetapi terdapat 8.2 juta pemohonan atau 120% daripada ketua isi rumah yang layak memohon BR1M atau 5.48 juta pemohon adalah isi rumah B40 palsu.
Pendek kata, daripada setiap 3 pemohon, 2 tidak layak.
Dari mana datangnya semua pemohon ini?
Kita percaya rakyat Malaysia tidak menyalahgunakan apa jua bantuan yang kerajaan salurkan.