Kit Siang malam tadi memberi ucapan di Sepang di mana beliau membelit kaw-kaw. Kit Siang berpura-pura bahawa dia adalah jujur dan tidak pernah berbohong dan UMNO berbohong mengenai beliau setiap hari dimana, pada hakikatnya, beliau adalah pakar belit. Dalam satu perkara sahaja, RUU355, Kit Siang memutar belit dan berbohong kepada rakyat Malaysia. Dan biarlah kami mendedahkan bagaimana dia melakukannya.
Malam tadi, Lim Kit Siang memberi ucapan pada majlis PAN di Sepang. Bagi mereka yang masih belum sedar tentang perkara ini, PAN atau Parti Amanah Negara adalah parti Islam DAP, yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS yang menentang Pindaan Rang Undang-undang Syariah turut dikenali sebagai RUU355. Malah, PAN bukan sahaja diwujudkan oleh DAP, ia juga dibiayai jutaan oleh DAP.
Ucapan Kit Siang malam tadi berbunyi persis seperti ucapan yang biasanya dibuat oleh pemimpin Korea Utara – turut dikenali sebagai Democratic People’s Republic of Korea. Jika anda ingin tahu sama ada ia adalah ucapan Kit Siang atau tidak, apa yang anda perlu lakukan adalah untuk mencari kata-kata kunci atau perkataan kegemaran Kit Siang yang sentiasa digunakan – hegemoni, kleptokrasi, negara gagal, negera penyangak, selamatkan Malaysia, propaganda Umno, ramuan, kepalsuan, dan sebagainya. Kata-kata ini adalah ‘trademark’ Kit Siang dan anda tidak akan dapat mencari ucapan, kenyataan akhbar atau posting blog dari dia yang tidak mengandungi perkataan ini.
Kit Siang adalah seperti pelacur tua dan sudah tidak diperlukan yang memanggil wanita lain pelacur. Dan ini adalah ironi segala-galanya. Setiap apa yang dikatakan oleh Kit Siang adalah pembohongan, dan dia menggunakan cybertroopers Red Bean Army (RBA) untuk berbohong dan menyebarkan propaganda, dan dia berani untuk menuduh orang lain melakukan pembohongan. Ia seperti Bentong Kali memanggil Botak Chin gangster atau Zairil Khir Johari memanggil Mat Sabu kaki perempuan.
Kit Siang berbohong bahawa Zairil adalah wajah Melayu Islam dalam DAP.
Jika Kit Siang begitu mengambil berat tentang kebenaran, mengapa beliau melindungi Zairil? Mengapa dia membenarkan Zairil untuk berpura-pura bahawa dia adalah seorang Melayu-Muslim walaupun sebenarnya tidak? Nama sebenar Zairil adalah Christopher Ross Lim dan bukan Zairil Khir Johari dan dia bukan seorang Muslim. Beliau adalah seorang Kristian. Namun Kit Siang membolehkan pembihongan ini akan berterusan kerana dia mahu meletakkan Zairil sebagai apa yang dipanggil ‘wajah Melayu’ DAP.
Sebelum Kit Siang bercakap tentang kejujuran dia yang pertama sekali sepatutnya jujur pada dirinya.
Satu lagi pembohongan yang dengan jelas Kit Siang pembohong adalah bahawa dia bukan anti-Islam. Kit Siang tahu bahawa syariah adalah merupakan sebahagian daripada Islam dan anda tidak boleh memisahkan syariah dari Islam – seperti anda tidak boleh memisahkan Al-Quran, solat lima waktu sehari, solat Jumaat, puasa, zakat, fitrah, haji, dan sebagainya. Jika anda menentang syariah, Al-Quran, solat lima kali sehari, solat Jumaat, puasa, zakat, fitrah, haji, dan lain-lain, maka anda menentang Islam. (Ada yang mengatakan jika anda jugavmenolak Hadith maka anda menentang Islam – namun perkara ini masih menjadi perdebatan).
Sekarang, Kit Siang berkata, beliau tidak menentang Islam, Syariah, Al-Quran, solat lima kali sehari, solat Jumaat, puasa, zakat, fitrah, haji, dan sebagainya. Dia hanya menentang pindaan kepada syariah, lebih khusus RUU355 yang berkaitan terutamanya dengan hukuman di bawah syariah.
Apa yang Kit Siang katakan ialah beliau bersetuju bahawa khalwat, zina, seks luar nikah, murtad, kufur, bid’ah, pencabulan, makan daging babi atau makanan tidak halal, berjudi, minum minuman keras atau mabuk, mengambil dadah, mengambil bahagian dalam pertandingan kecantikan, separuh bogel ditempat awam, tidak solat, tidak berpuasa, dan lain-lain, adalah satu kesalahan. Dan beliau bersetuju bahawa keslahan-keslahan ini patut dihukum. Dia langsung tidak bersetuju bahawa hukuman yang sedia ada perlu ditambah lagi dari apa yang sudah ada sekarang ini.
Adakah Kit Siang menjelaskan apa hukuman yang sedia ada dan apa yang akan menjadi jika RUU355 diluluskan oleh Parlimen? Kit Siang berdiam diri mengenai perkara ini dan telah membiarkan ia menjadi samar-samar. Jadi kebanyakan orang yang menentang RUU355 tidak tahu apa hukuman yang sedia ada dan apa yang akan berlaku jika RUU355 adalah untuk diluluskan.
DAP membohongi rakyat Malaysia bahawa syariah diterjemahkan kepada Hudud supaya orang bukan Islam akan menentang syariah
Jadi ini adalah satu putar belit klasik Kit Siang klasik. Beliau menakutkan anda dengan bercakap tentang kiamat tetapi meninggalkan perincian yang paling penting tentang apa yang dia kata. Syaitan, apabila mereka berkata-kata, adalah terperinci dan perincian adalah apa yang tidak didedahkan oleh Kit Siang. Jadi pembohongan bukan sahaja dalam apa yang anda katakan, tetapi juga dalam apa yang anda gagal untuk mengatakan. Anda berbohong dengan menyembunyikan fakta dan dalam bentuk berbohong sebegini Kit Siang adalah ‘grand-master’ kepada semua.
Kit Siang adalah apa yang orang Melayu panggil kaki Belit. Dan dia mempunyai 51 tahun pengalaman dalam seni belit dari hari Lee Kuan Yew menghantar beliau pulang ke Malaysia untuk mengambil alih DAP.
Kit Siang insists he is not anti-Islam. He insists he is not anti-Sharia. He insists he does not oppose the list of crimes under the Sharia. He insists he does not oppose the punishments for the crimes under the Sharia. He only opposes the increase in the punishment of these crimes that the RUU355 is proposing.
Kit Siang menegaskan beliau tidak anti-Islam. Beliau menegaskan beliau tidak anti-Syariah. Beliau menegaskan beliau tidak menentang senarai jenayah di bawah syariah. Beliau menegaskan beliau tidak menentang hukuman bagi jenayah di bawah syariah. Dia hanya menentang peningkatan dalam hukuman jenayah seperti yang dicadang dalam RUU355.
Mengapa Kit Siang menentang mempertingkatkan hukuman seperti yang dicadangkan dalam RUU355?
DAP dan Pakatan Harapan pimpinan DAP mahu Malaysia menjadi sebuah negara bebas syariah.
Pertama sekali beliau menentang sistem dwi-kehakiman. Tetapi sistem dwi-kehakiman ini sudah wujud sejak sebelum British datang ke Tanah Melayu dan lama sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 dan sebelum Malaysia diwujudkan pada tahun 1963. Jadi mengapa hanya menentang sistem dwi-kehakiman 500 tahun kemudian?
Okay, tidak mengapa. Mungkin Malaysia telah mempunyai sistem dwi-kehakiman ini sejak 500 tahun yang lalu tetapi itu tidak bermakna kita masih perlu mempertahankannya untuk 500 tahun lagi. Kita boleh mencadangkan untuk menghapuskan ia supaya Malaysia tidak lagi mempunyai sistem dwi-kehakiman tetapi mempunyai sistem kehakiman tunggal.
Secara peribadi saya tidak mempunyai masalah dengan itu. Tetapi Kit Siang mengatakan bahawa jika Pakatan Harapan pimpinan DAP mendapat kuasa dan dapat membentuk Kerajaan Persekutuan akan datang, mereka akan menghapuskan Mahkamah Syariah dan Malaysia akan mempunyai sistem kehakiman tunggal?
Lihat lah, Kit Siang mengatakan bahawa sistem dwi-kehakiman adalah salah tetapi dia tidak mahu untuk mengatakan sama ada mereka akan mengubahnya jika Pakatan Harapan mendapat kuasa. Jadi itu adalah satu lagi pembohongan – pembohongan kerana tidak mendedahkan kebenaran. Jika Pakatan Harapan menentang sistem dwi-kehakiman adakah mereka akan menghapuskannya jika mereka berkuasa? Mengapa mereka tidak memberitahu kita? Mengapa enggan mendedahkan ini supaya pengundi akan tahu apa yang mereka akan perolehi jika mereka mengundi Pakatan Harapan pimpinan DAP?
Rakan-rakan Muslim DAP membantu menyebarkan penipuan bahawa RUU355 itu bukan mengenai pindaan syariah tetapi kira-untuk melaksanakan Hudud
Syariah hanya melibatkan orang Islam. Jadi mengapakah bukan Islam seperti Kit Siang campur tangan dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam? Nah, menurut Kit Siang, dia merasakan bahawa adalah tidak adil bahawa umat Islam menerima hukuman yang lebih teruk daripada orang bukan Islam yang melakukan jenayah yang sama. Kit Siang merasakan bahawa umat Islam dan bukan Islam harus menerima hukuman yang sama dan bahawa umat Islam tidak boleh menerima hukuman yang lebih tinggi.
Adakah orang bukan Islam dihukum khalwat, zina, seks luar nikah, murtad, kufur, bid’ah, pencabulan, makan daging babi atau makanan yang tidak halal, judi, minum minuman keras atau mabuk, mengambil dadah, mengambil bahagian dalam pertandingan kecantikan, separuh bogel ditempat awam, tidak solat, tidak berpuasa, dan sebagainya?
Hanya orang Islam menghadapi hukuman di bawah Syariah untuk jenayah-jenayah ini. Orang bukan Islam dikecualikan dan boleh hidup tidak bermoral sebagaimana yang mereka mahu. Jadi satu-satunya cara orang Islam dan orang bukan Islam boleh diberi layanan yang sama dan akan menerima hukuman yang sama adalah:
1. Dengan berkhalwat, zina, seks luar nikah, murtad, kufur, bid’ah, pencabulan, makan daging babi atau makanan tidak halal, berjudi, minum minuman keras atau mabuk, mengambil dadah, mengambil bahagian dalam pertandingan kecantikan, separuh bogel ditempat umum, tidak solat, tidak puasa, dan sebagainya, juga jenayah bagi bukan Islam.
2. Juga Islam dikecualikan daripada hukuman bagi jenayah khalwat, zina, seks luar nikah, murtad, kufur, bid’ah, pencabulan, makan daging babi atau makanan yang tidak halal, judi, minum minuman keras atau mabuk, mengambil dadah, mengambil bahagian dalam pertandingan kecantikan, separuh bogel di tempat umum, tidak solat, tidak berpuasa, dan lain-lain
Jadi mana satu yang Kit Siang cadangkan supaya ia akan berlaku adil kepada umat Islam dan supaya orang Islam dan bukan Islam mendapatkan layanan yang sama dan menerima hukuman yang sama bagi jenayah di bawah Syariah? Bola kini berada di kaki Kit Siang. Mari kita lihat sama ada beliau adalah benar-benar jujur tidak berpura-pura atau sama ada dia hanya kaki belit.
Muka kaki Belit: Kit Siang adalah ketua pembelit dan telah menukar penipuan sebagai satu bentuk seni.
Raja Petra Kamarudin
http://www.malaysia-today.net/